Thursday, December 23, 2010

MAMAK

Tengahari tadi aku ke Solaris, Hartamas untuk berjumpa Farhunt. Seorang komposer dan juga penyanyi yang berbakat besar tetapi tidak diketengahkan. Oleh kerana aku sampai awal, aku singgah minum dekat restoran mamak bawah Kohaku Bistro.

Dalam sms Farhunt pesan jangan order makan sebab dia nak bawa aku ke tempat lain. Aku order nescafe 'O' ais segelas. Sesuai untuk pembasah tekak dikala cuaca terik.


2 minit...

5 minit...

10 minit 39 saat pun berlalu...


"Tinnn", bunyi hon kereta Myvi. Farhunt ada kat dalam perut kereta kaler hitam tu.

Aku ke kaunter. Mamak berpangkat cashier angkat kening.

"Nescafe 'O' ais satu"

"Makan?"

Aku geleng kepala.

Mamak tu pun tekan-tekan jarinya pada mesin cashier. RM2.20 tertera. Mak aiii... Mahalnya. Aku tak tahu pun harga air kat sini boleh jadi penyebab penyakit jantung. Aku rasa gambar amaran yang ada pada kotak rokok tu juga sesuai diletakkan pada gelas aku minum tadi.

Selesai bayar, aku lari balik ke meja tempat aku minum. Nasib baik mamak yang ambil order tadi belum 'clear'kan lagi gelas aku. Aku sambar gelas dan hirup sampai habis. Kalau tadi ada air lagi suku, sekarang kering. Sebelum blah, aku ambil straw dari gelas aku tu.

Dalam kereta Farhunt tanya. "Kenapa kau ambil straw tu?"
"20 sen ni", jawab aku selamba.



**Mahal pun gerenti aku datang lagi. Sebab ada awek cun promote rokok
brand baru

DUA KALI LIMA ( 2 x 5 )



Lokasi : Balai Raya Kampung Sungai Cawan
Masa : 2.41 pm
Cuaca : Panas terik sesuai untuk jemur kain


Biasalah, bila mesyuarat mesti ada saja selingan iklan yang tak berbayar. Kali ini iklan dimulakan oleh Encik Razli Bodin selaku Pengerusi Mesyuarat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) Sungai Cawan Bil.13/2010.

"Apa la!" tangan kanannya meniru gaya Karam Singh Walia.
"Bila tanya, dia boleh jawab macam ni. Can you speak english?"
"Huhh... Berlagak betul budak melayu tu!". Sambung Encik Razli Bodin.

"Tu la...", Puan Joyah Selamat menganggukkan kepalanya sambil mulut rancak mengunyah biskut cap Ping Pong. Encik Kamal Idrus yang taja. Dia memang murah hati sejak kebelakangan ini. Semalam pun dia taja kuih cucur badak. Tapi Puan Joyah Selamat tak jamah pun. Risau kambing dia beranak. Hari ini lain pula, berselera. Dapat kambing jantan gamaknya.

"Ni lah budak-budak sekarang. Susah betul nak ngajonye, kita sepatutnya mengagungkan bahasa kita. Bahasa menunjukkan bangsa", Encik Husin Lempoyang menepuk-nepuk meja. Memang dia ada gaya YB berucap semasa kempen pilihanraya.

"OK. Kita tinggalkan cerita mamat berlagak tu dan sambung balik mesyuarat kita ni." kata Encik Razli Bodin.

"Now, can we start from Encik Husin... err, Puan Joyah. Stop eating please..." Tegas Encik Razli Bodin. Dahinya berkerut.

"Opsss...Sorry sir." Puan Joyah Selamat tunduk tersipu.

"Thank you Encik Razli Bodin... bla...bla...bla... (bahasa rojak(english+melayu))...." Encik Husin Lempoyang pun mula membentangkan usulnya. Pasal cadangan membina jambatan baru menghala ke kedai runcit Tong Seng.


* * * * *

Macam mana nak maju? Kalau asyik kondem je. Tak salah kalau cuba berbahasa lain. Tak gitu?



**Bahasa jiwa bangsa. Kadang kala bangsa juga bikin sakit jiwa.


Tuesday, December 21, 2010

PENUNGGANG

Paris Hilton. Siapa yang tak kenal dengan minah ni. Kalau dulu sebut saja Paris Hilton, ramai orang akan fikir pewaris Hotel Hilton. Tetapi lepas pada kejadian 'Satu Malam di Paris', ramai yang akan fikirkan... ermmm. Korang yang fikir, bukan aku.

Terbaru Paris Hilton sudah pun mempunyai pasukan motosikalnya, SuperMartxe VIP. 'Dengar khabar' (kata ganti nama baru bagi mereka yang membaca surat khabar), dia sedang mencari penunggang motosikal untuk pasukan SuperMartxe VIP. Ada sesiapa berminat?

Kalau Paris Hilton offer 'menunggang' dia, aku rasa ramai yang berminat.

Patah hati. Paris yang kecewa apabila aku menolak cintanya mentah-mentah kelmarin.



Monday, December 13, 2010

BOLA


Ketika aku dan Kasim Baba sedang asyik bergosip tentang politik pejabat. Tiba-tiba Hanif Chamakh yang memakai kaca mata datang mengajukan soalan yang boleh diklasifikasikan sebagai soalan cepu emas.


"Malam tadi Manchester United lawan Arsenal siapa menang?".
"Ah, kau tanya dia buat apa. Dia bukannya tahu pun pasal bola" celah Kasim Baba yang tiba-tiba khusuk menonton filem larangan kerajaan Malaysia.
"Tau. Bola tu bulat" jawab aku sambil mata terus memandang ke arah monitor.

Rasanya jawapan tu layak tak untuk dapat 'cepuk emas' dari penyokong Arsenal?

Park berjaya membuktikan yang dia tidak lemah tenaga batin.



**Tak minat bola sebab takde kasut bola

Friday, December 3, 2010

SELAMAT ATAU TIDAK?



Semalam semasa dalam perjalan ke Petaling Jaya untuk photo shoot buku sejarah, aku nampak kereta bomba dan peronda polis parking di bahu jalan. Rasa ingin tahu aku semakin bertambah apabila melihat orang ramai turut serta dalam acara men'sesak'kan jalan. Cukupkan korumlah, baru 1Malaysia. Nazrul parking kereta betul-betul di belakang kereta bomba.

"Brader, apasal ni?" aku tanya mamat pakai baju celoreng kaler oren.
"Ada orang mati kena bunuh" mamat tu jawab sambil matanya memandang aku atas bawah.
"Lelaki ke perempuan?" soal aku lagi.
"Perempuan".
"Ouh..." Perbualan kami selesai. Aku
snap sikit dan blah sebab ada kerja kena buat.

Dalam kereta Nazrul sempat tanya aku, "Kau tak takut ke? Area ofis kita ni dah tak selamat dah".

"Nak takut pasal apa? Pembunuh pun dah iktiraf tempat ni selamat. Sebab tu dia buang mayat kat sini. Kalau tak selamat, tentu dia buang kat tempat lain".



Mayat dalam longkang - Sumber Harian Metro


Pegawai Polis yang berpakaian preman sedang menghubungi isterinya, "Yah, tengahari ni abang tak balik makan".


Pada awalnya orang ramai menyangka ada orang sedang menjual ubat kuat


Anggota bomba yang naik ke atas bumbung kereta bomba dipercayai tidak dapat turun sehingga terpaksa menggunakan tangga




**Takut mati, tapi tak ingat nak mati