Showing posts with label kompelen. Show all posts
Showing posts with label kompelen. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

SUBSIDI


Hari Ahad yang lalu adalah hari cuti hujung minggu. Tetapi bagi Hasmud, dia terpaksa bekerja pada hari tersebut. Hasmud perlu memotong rumput di halaman rumah aku mengikut jadualnya setiap bulan.

Hasmud seorang yang rajin dan juga mempunyai lebihan bulu yang lebat pada bahagian lengan. Dia yang berasal dari Bangladesh juga dikurniakan sifat yang peramah dan mudah mesra. Oleh sebab itu jugalah dia amat disenangi oleh kebanyakkan pelanggannya termasuk aku. Hasmud senang diajak berbual. Kebiasaannya selepas selesai memotong rumput, Hasmud akan menhisap sebatang rokok sebelum pulang.

Aku : Sudah berapa lama duduk Malaysia?
Hasmud : 6 Tahun. Dulu tinggal Puchong 4 tahun. 'Sini' sudah 2 tahun lebih.
Aku : 'Sini' tinggal mana?
Hasmud : Paya Jaras
Aku : Ouh... Sewa?
Hasmud : Ya, sewa
Aku : Berapa orang tinggal?
Hasmud : 4 orang.
Aku : Mahal ke sewa?
Hasmud : Tak mahal. 300 lebih itu macam.
Aku : Ouh...
Hasmud : Share bayar. Satu orang 80, 90 ringgit itu macam.
Aku : Api...? Air?
Hasmud : Murah saja. Air 6 ringgit lebih. Api 12 ringgit lebih itu macam 1 bulan.
Aku : Free la?
Hasmud : Ya... Free



** Rebat elektrik daripada Kerajaan Pusat kepada pengguna Domestik/Kediaman dengan bil bulanan yang tidak melebihi RM20 akan dikekalkan sehingga Disember 2011
. Manakala Kerajaan Negeri Selangor pula memberi air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu. Hasmud adalah salah seorang daripada pengguna yang menerima faedah ini. Hasmud juga mempunyai ramai kawan dari negara yang sama, tinggal di Malaysia. Mereka juga mungkin menerima faedah seperti ini. Kita macam mana?


Thursday, December 23, 2010

MAMAK

Tengahari tadi aku ke Solaris, Hartamas untuk berjumpa Farhunt. Seorang komposer dan juga penyanyi yang berbakat besar tetapi tidak diketengahkan. Oleh kerana aku sampai awal, aku singgah minum dekat restoran mamak bawah Kohaku Bistro.

Dalam sms Farhunt pesan jangan order makan sebab dia nak bawa aku ke tempat lain. Aku order nescafe 'O' ais segelas. Sesuai untuk pembasah tekak dikala cuaca terik.


2 minit...

5 minit...

10 minit 39 saat pun berlalu...


"Tinnn", bunyi hon kereta Myvi. Farhunt ada kat dalam perut kereta kaler hitam tu.

Aku ke kaunter. Mamak berpangkat cashier angkat kening.

"Nescafe 'O' ais satu"

"Makan?"

Aku geleng kepala.

Mamak tu pun tekan-tekan jarinya pada mesin cashier. RM2.20 tertera. Mak aiii... Mahalnya. Aku tak tahu pun harga air kat sini boleh jadi penyebab penyakit jantung. Aku rasa gambar amaran yang ada pada kotak rokok tu juga sesuai diletakkan pada gelas aku minum tadi.

Selesai bayar, aku lari balik ke meja tempat aku minum. Nasib baik mamak yang ambil order tadi belum 'clear'kan lagi gelas aku. Aku sambar gelas dan hirup sampai habis. Kalau tadi ada air lagi suku, sekarang kering. Sebelum blah, aku ambil straw dari gelas aku tu.

Dalam kereta Farhunt tanya. "Kenapa kau ambil straw tu?"
"20 sen ni", jawab aku selamba.



**Mahal pun gerenti aku datang lagi. Sebab ada awek cun promote rokok
brand baru

Tuesday, November 30, 2010

TANDAS



Pagi tadi aku ke tandas seperti biasa untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia normal. Di tandas pejabat, aku kerap memilih mangkuk tandas yang sama demi keselesaan fizikal dan mental. Setiap kali aku menggunakan tandas tersebut pasti ada saja serpihan sisa pepejal yang masih tertinggal dihujung mangkuk tandas. Walaupun tak banyak, tetapi ianya membuatkan aku rasa terbantut dalam menjalankan misi penting sebagai pelengkap rutin harian aku.

Selalunya aku tak pernah ambil pusing dalam perkara remeh macam ni. Aku jirus saja. Hilang ikut alunan air. Memang sudah menjadi kebiasaannya aku untuk bersihkan dulu tempat hajat sebelum hajat aku di'lepas'kan. Tetapi kalau setiap kali aku nak ber'lepas' masih ada saja lagi sisa saki baki yang terdahulu tertinggal, apa kes! Hishhh~

Hairan aku kenapa mahluk yang berkenaan tak tengok dulu sebelum keluar. Ingat! Bukan sekadar 'lepas' dan pam saja. Tetapi pam dan jirus sekeliling mangkuk tandas sebelum dan sesudah aktiviti 'lepas'an untuk mendapatkan hygiene yang lebih baik.


"Aneh. Saya juga pernah alami perkara sama"-En. Kamal Idrus (bukan nama sebenar)


Tanda amaran yang diberikan oleh kerajaan Jepun kepada pengguna tandas


Save the earth!!!



**Memang jijik entri ni. Kebenaran juga kadang kala jijik bukan?