Lokasi : Balai Raya Kampung Sungai Cawan
Masa : 2.41 pm
Cuaca : Panas terik sesuai untuk jemur kain
Biasalah, bila mesyuarat mesti ada saja selingan iklan yang tak berbayar. Kali ini iklan dimulakan oleh Encik Razli Bodin selaku Pengerusi Mesyuarat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) Sungai Cawan Bil.13/2010.
"Apa la!" tangan kanannya meniru gaya Karam Singh Walia.
"Bila tanya, dia boleh jawab macam ni. Can you speak english?"
"Huhh... Berlagak betul budak melayu tu!". Sambung Encik Razli Bodin.
"Tu la...", Puan Joyah Selamat menganggukkan kepalanya sambil mulut rancak mengunyah biskut cap Ping Pong. Encik Kamal Idrus yang taja. Dia memang murah hati sejak kebelakangan ini. Semalam pun dia taja kuih cucur badak. Tapi Puan Joyah Selamat tak jamah pun. Risau kambing dia beranak. Hari ini lain pula, berselera. Dapat kambing jantan gamaknya.
"Ni lah budak-budak sekarang. Susah betul nak ngajonye, kita sepatutnya mengagungkan bahasa kita. Bahasa menunjukkan bangsa", Encik Husin Lempoyang menepuk-nepuk meja. Memang dia ada gaya YB berucap semasa kempen pilihanraya.
"OK. Kita tinggalkan cerita mamat berlagak tu dan sambung balik mesyuarat kita ni." kata Encik Razli Bodin.
"Now, can we start from Encik Husin... err, Puan Joyah. Stop eating please..." Tegas Encik Razli Bodin. Dahinya berkerut.
"Opsss...Sorry sir." Puan Joyah Selamat tunduk tersipu.
"Thank you Encik Razli Bodin... bla...bla...bla... (bahasa rojak(english+melayu))...." Encik Husin Lempoyang pun mula membentangkan usulnya. Pasal cadangan membina jambatan baru menghala ke kedai runcit Tong Seng.
* * * * *
Macam mana nak maju? Kalau asyik kondem je. Tak salah kalau cuba berbahasa lain. Tak gitu?
**Bahasa jiwa bangsa. Kadang kala bangsa juga bikin sakit jiwa.
No comments:
Post a Comment