Tuesday, May 31, 2011

SUBSIDI


Hari Ahad yang lalu adalah hari cuti hujung minggu. Tetapi bagi Hasmud, dia terpaksa bekerja pada hari tersebut. Hasmud perlu memotong rumput di halaman rumah aku mengikut jadualnya setiap bulan.

Hasmud seorang yang rajin dan juga mempunyai lebihan bulu yang lebat pada bahagian lengan. Dia yang berasal dari Bangladesh juga dikurniakan sifat yang peramah dan mudah mesra. Oleh sebab itu jugalah dia amat disenangi oleh kebanyakkan pelanggannya termasuk aku. Hasmud senang diajak berbual. Kebiasaannya selepas selesai memotong rumput, Hasmud akan menhisap sebatang rokok sebelum pulang.

Aku : Sudah berapa lama duduk Malaysia?
Hasmud : 6 Tahun. Dulu tinggal Puchong 4 tahun. 'Sini' sudah 2 tahun lebih.
Aku : 'Sini' tinggal mana?
Hasmud : Paya Jaras
Aku : Ouh... Sewa?
Hasmud : Ya, sewa
Aku : Berapa orang tinggal?
Hasmud : 4 orang.
Aku : Mahal ke sewa?
Hasmud : Tak mahal. 300 lebih itu macam.
Aku : Ouh...
Hasmud : Share bayar. Satu orang 80, 90 ringgit itu macam.
Aku : Api...? Air?
Hasmud : Murah saja. Air 6 ringgit lebih. Api 12 ringgit lebih itu macam 1 bulan.
Aku : Free la?
Hasmud : Ya... Free



** Rebat elektrik daripada Kerajaan Pusat kepada pengguna Domestik/Kediaman dengan bil bulanan yang tidak melebihi RM20 akan dikekalkan sehingga Disember 2011
. Manakala Kerajaan Negeri Selangor pula memberi air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu. Hasmud adalah salah seorang daripada pengguna yang menerima faedah ini. Hasmud juga mempunyai ramai kawan dari negara yang sama, tinggal di Malaysia. Mereka juga mungkin menerima faedah seperti ini. Kita macam mana?


1 comment:

  1. salam bro, http://alteregoandanonymouspena.blogspot.com/2012/01/kenapa-suka-saya-awak-kata-saya-sombong.html

    ReplyDelete