Cuaca pagi ini mendung. Bagus juga pasal lama sangat tak hujan. Hampir seminggu. Malam pun panas. Kalau kebiasaan aku tidur berselimut, tapi sejak 4 hari yang lepas selimut pun elok berlipat tepi hujung katil. Sampai ke pagi tak berusik. Sesekali aku dongak ke langit. Macam nak hujan. Biarlah, bukan boleh tahan hujan pun.
Aku capai helmet hitam yang aku sangkut pada side mirror motor. Aku sarungkan pada kepala dan terus start motor. Macam biasa aku pandang side mirror kalau-kalau ada balance tahi mata kering melekat pada hujung mata. Ok, takde. Aku mulakan perjalanan.
Dalam perjalanan ke tempat kerja, macam-macam yang bermain dalam benak fikiran aku. kalau boleh dilihat dari luar, aku rasa macam tali yang berpintal. Tapi tak mustahil tali yang berpintal tak boleh dileraikan. Tapi bila nak dileraikan? Tunggu masa mungkin. Ya, masa.
Jalanraya tenang kali ini. Tak macam selalu, jam sampai ke pintu. Tapi aku tunggang motor macam biasa. Bagi aku, bawa laju bukan boleh naik gaji pun. Cuma kadang-kadang aku tengok, ada kereta yang selisih dan bersaing dengan aku bawa macam nak berlumba. Mungkin syarikat konsesi tol dah tukar tarif bayaran. Bukan ikut destinasi, tapi ikut masa macam kadar bayaran parking shopping kompleks. Hahaha, aku gelak melayan perasaan.
Bang!!! Aku dengar bunyi kuat datang dari arah belakang. Screttt!!! Bunyi tu makin kuat dan aku intai melalui side mirror kanan. Sebuah kereta Honda kaler biru tua. Tapi kenapa senget macam nak drift? Pantas dan makin hampir dengan aku.
Gelap...
No comments:
Post a Comment