Ketua adalah individu dalam sebuah kumpulan yang dilantik untuk memimpin dan mentadbir. Ketua juga bertanggungjawab untuk membangunkan kumpulannya sesuai dengan matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan. Ketua ini juga bertanggungjawab memelihara kepentingan anggotanya di samping melayan kehendak individu yang lain selain daripada ahli kumpulannya. Seorang ketua juga berkuasa memberi arahan, membentuk strategi, menentukan dan mengawal segala bentuk kepentingan di dalam ahli kumpulannya.
Ketua yang bagus adalah ketua yang sentiasa dihargai dan dihormati oleh anak buahnya. Rasa hormat yang timbul bukanlah sekadar diada-adakan. Tetapi rasa tersebut hadir dengan sendirinya. Dari situ nilai seorang ketua dapat kita lihat, betapa hebatnya kepimpinan seseorang ketua itu.
Memang menjadi lumrah manusia kalau sudah di atas yang di bawah perlu sembah tunduk hormat. Memang yang di bawah itu akan tunduk. Malah yang di bawah juga akan hormat. Tetapi adakah ianya ikhlas?
Hari ini adalah hari lahir Tintanitra. Dia adalah seorang ketua. Bagi aku dia adalah ketua yang sebenarnya ketua. Aku menghormatinya sebagaimana dia menghormati aku. Aku memandang tinggi kebolehan dia kerana dia tidak pernah mempertikaikan atau memandang rendah pada aku. Nilai harga manusia sama dijaga dan sama dipelihara. Dia juga bukanlah ketua yang terpaksa diketuakan. Tetapi ketua yang diletakkan sendiri oleh anak buahnya untuk memimpin.
"Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana. Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat". Selamat hari tua wahai Tok Ketua. Semoga dipanjangkan umur dan dibekalkan kesihatan yang sempurna serta sentiasa dimurahkan rezeki oleh Nya. Amin...

No comments:
Post a Comment