Tuesday, May 31, 2011

SUBSIDI


Hari Ahad yang lalu adalah hari cuti hujung minggu. Tetapi bagi Hasmud, dia terpaksa bekerja pada hari tersebut. Hasmud perlu memotong rumput di halaman rumah aku mengikut jadualnya setiap bulan.

Hasmud seorang yang rajin dan juga mempunyai lebihan bulu yang lebat pada bahagian lengan. Dia yang berasal dari Bangladesh juga dikurniakan sifat yang peramah dan mudah mesra. Oleh sebab itu jugalah dia amat disenangi oleh kebanyakkan pelanggannya termasuk aku. Hasmud senang diajak berbual. Kebiasaannya selepas selesai memotong rumput, Hasmud akan menhisap sebatang rokok sebelum pulang.

Aku : Sudah berapa lama duduk Malaysia?
Hasmud : 6 Tahun. Dulu tinggal Puchong 4 tahun. 'Sini' sudah 2 tahun lebih.
Aku : 'Sini' tinggal mana?
Hasmud : Paya Jaras
Aku : Ouh... Sewa?
Hasmud : Ya, sewa
Aku : Berapa orang tinggal?
Hasmud : 4 orang.
Aku : Mahal ke sewa?
Hasmud : Tak mahal. 300 lebih itu macam.
Aku : Ouh...
Hasmud : Share bayar. Satu orang 80, 90 ringgit itu macam.
Aku : Api...? Air?
Hasmud : Murah saja. Air 6 ringgit lebih. Api 12 ringgit lebih itu macam 1 bulan.
Aku : Free la?
Hasmud : Ya... Free



** Rebat elektrik daripada Kerajaan Pusat kepada pengguna Domestik/Kediaman dengan bil bulanan yang tidak melebihi RM20 akan dikekalkan sehingga Disember 2011
. Manakala Kerajaan Negeri Selangor pula memberi air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu. Hasmud adalah salah seorang daripada pengguna yang menerima faedah ini. Hasmud juga mempunyai ramai kawan dari negara yang sama, tinggal di Malaysia. Mereka juga mungkin menerima faedah seperti ini. Kita macam mana?


Tuesday, May 24, 2011

AWI RAFAEL



"Lagu ni best tak? Aku suka lirik dia. Unik."

"Apa la..." Hassan Mutalib mengangkat tangan kanannya. Tapi hanya separuh badan saja.
"Lagu ok. Tapi lirik campur-campur. Kalau nak buat Bahasa Melayu, pakai je la Bahasa Melayu. Nak guna English, guna English . Jahanam bahasa macam ni."
"Tak paham aku muzik budak-budak sekarang!"

Aku diam. Lagu Pulanglah nyanyian Awi Rafael masih lagi kedengaran dalam kereta.

Telefon Hassan Mutalib pun berbunyi. Lagu Soley-Soley jadi nada dering. Tanpa bagi signal dia terus slow kan volume radio.

"Hello Baby... I kat area Damansara dengan Roland ni."
"A'ah... On the way nak ke PJ... U kat mana? Ouh..."
"Tengok movie?... Monday cannot la Baby, i kerja midnight"
"Tomorrow ok la. I off."
"Ok?... Ok Baby... Babai."
"Hahahaha..." Hassan Mutalib ketawa besar.
"U la letak dulu..."
"U la...hihihi"
"Ok. Sama-sama letak... One, two, three..."

"Hihihi... dia letak dulu." Hassan Mutalib senggih ala-ala kerang.
"Liza..." sambil menunjukkan telefon bimbit jenama buah yang baru dibeli secara hutang. Aku angkat kening sambil kuatkan balik volume radio. Lagu masih lagi dalam track yang sama.

"Eh... tukar next track la. Menyirap aku dengar lirik dia.

Kau cakap pun guna bahasa rojak. Jadi apa neraka? (What the hell?)





** Biarlah orang berkarya dengan bebas. Seni itu kan luas.


Wednesday, May 11, 2011

TOK KETUA



Ketua adalah individu dalam sebuah kumpulan yang dilantik untuk memimpin dan mentadbir. Ketua juga bertanggungjawab untuk membangunkan kumpulannya sesuai dengan matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan. Ketua ini juga bertanggungjawab memelihara kepentingan anggotanya di samping melayan kehendak individu yang lain selain daripada ahli kumpulannya. Seorang ketua juga berkuasa memberi arahan, membentuk strategi, menentukan dan mengawal segala bentuk kepentingan di dalam ahli kumpulannya.

Ketua yang bagus adalah ketua yang sentiasa dihargai dan dihormati oleh anak buahnya. Rasa hormat yang timbul bukanlah sekadar diada-adakan. Tetapi rasa tersebut hadir dengan sendirinya. Dari situ nilai seorang ketua dapat kita lihat, betapa hebatnya kepimpinan seseorang ketua itu.

Memang menjadi lumrah manusia kalau sudah di atas yang di bawah perlu sembah tunduk hormat. Memang yang di bawah itu akan tunduk. Malah yang di bawah juga akan hormat. Tetapi adakah ianya ikhlas?

Hari ini adalah hari lahir Tintanitra. Dia adalah seorang ketua. Bagi aku dia adalah ketua yang sebenarnya ketua. Aku menghormatinya sebagaimana dia menghormati aku. Aku memandang tinggi kebolehan dia kerana dia tidak pernah mempertikaikan atau memandang rendah pada aku. Nilai harga manusia sama dijaga dan sama dipelihara. Dia juga bukanlah ketua yang terpaksa diketuakan. Tetapi ketua yang diletakkan sendiri oleh anak buahnya untuk memimpin.

"Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana. Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat". Selamat hari tua wahai Tok Ketua. Semoga dipanjangkan umur dan dibekalkan kesihatan yang sempurna serta sentiasa dimurahkan rezeki oleh Nya. Amin...


Tintanitra kelihatan kekal anggun dalam usianya sekarang.


HILANG - Part 1



Cuaca pagi ini mendung. Bagus juga pasal lama sangat tak hujan. Hampir seminggu. Malam pun panas. Kalau kebiasaan aku tidur berselimut, tapi sejak 4 hari yang lepas selimut pun elok berlipat tepi hujung katil. Sampai ke pagi tak berusik. Sesekali aku dongak ke langit. Macam nak hujan. Biarlah, bukan boleh tahan hujan pun.

Aku capai helmet hitam yang aku sangkut pada side mirror motor. Aku sarungkan pada kepala dan terus start motor. Macam biasa aku pandang side mirror kalau-kalau ada balance tahi mata kering melekat pada hujung mata. Ok, takde. Aku mulakan perjalanan.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, macam-macam yang bermain dalam benak fikiran aku. kalau boleh dilihat dari luar, aku rasa macam tali yang berpintal. Tapi tak mustahil tali yang berpintal tak boleh dileraikan. Tapi bila nak dileraikan? Tunggu masa mungkin. Ya, masa.

Jalanraya tenang kali ini. Tak macam selalu, jam sampai ke pintu. Tapi aku tunggang motor macam biasa. Bagi aku, bawa laju bukan boleh naik gaji pun. Cuma kadang-kadang aku tengok, ada kereta yang selisih dan bersaing dengan aku bawa macam nak berlumba. Mungkin syarikat konsesi tol dah tukar tarif bayaran. Bukan ikut destinasi, tapi ikut masa macam kadar bayaran parking shopping kompleks. Hahaha, aku gelak melayan perasaan.

Bang!!! Aku dengar bunyi kuat datang dari arah belakang. Screttt!!! Bunyi tu makin kuat dan aku intai melalui side mirror kanan. Sebuah kereta Honda kaler biru tua. Tapi kenapa senget macam nak drift? Pantas dan makin hampir dengan aku.

Gelap...




Thursday, December 23, 2010

MAMAK

Tengahari tadi aku ke Solaris, Hartamas untuk berjumpa Farhunt. Seorang komposer dan juga penyanyi yang berbakat besar tetapi tidak diketengahkan. Oleh kerana aku sampai awal, aku singgah minum dekat restoran mamak bawah Kohaku Bistro.

Dalam sms Farhunt pesan jangan order makan sebab dia nak bawa aku ke tempat lain. Aku order nescafe 'O' ais segelas. Sesuai untuk pembasah tekak dikala cuaca terik.


2 minit...

5 minit...

10 minit 39 saat pun berlalu...


"Tinnn", bunyi hon kereta Myvi. Farhunt ada kat dalam perut kereta kaler hitam tu.

Aku ke kaunter. Mamak berpangkat cashier angkat kening.

"Nescafe 'O' ais satu"

"Makan?"

Aku geleng kepala.

Mamak tu pun tekan-tekan jarinya pada mesin cashier. RM2.20 tertera. Mak aiii... Mahalnya. Aku tak tahu pun harga air kat sini boleh jadi penyebab penyakit jantung. Aku rasa gambar amaran yang ada pada kotak rokok tu juga sesuai diletakkan pada gelas aku minum tadi.

Selesai bayar, aku lari balik ke meja tempat aku minum. Nasib baik mamak yang ambil order tadi belum 'clear'kan lagi gelas aku. Aku sambar gelas dan hirup sampai habis. Kalau tadi ada air lagi suku, sekarang kering. Sebelum blah, aku ambil straw dari gelas aku tu.

Dalam kereta Farhunt tanya. "Kenapa kau ambil straw tu?"
"20 sen ni", jawab aku selamba.



**Mahal pun gerenti aku datang lagi. Sebab ada awek cun promote rokok
brand baru

DUA KALI LIMA ( 2 x 5 )



Lokasi : Balai Raya Kampung Sungai Cawan
Masa : 2.41 pm
Cuaca : Panas terik sesuai untuk jemur kain


Biasalah, bila mesyuarat mesti ada saja selingan iklan yang tak berbayar. Kali ini iklan dimulakan oleh Encik Razli Bodin selaku Pengerusi Mesyuarat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) Sungai Cawan Bil.13/2010.

"Apa la!" tangan kanannya meniru gaya Karam Singh Walia.
"Bila tanya, dia boleh jawab macam ni. Can you speak english?"
"Huhh... Berlagak betul budak melayu tu!". Sambung Encik Razli Bodin.

"Tu la...", Puan Joyah Selamat menganggukkan kepalanya sambil mulut rancak mengunyah biskut cap Ping Pong. Encik Kamal Idrus yang taja. Dia memang murah hati sejak kebelakangan ini. Semalam pun dia taja kuih cucur badak. Tapi Puan Joyah Selamat tak jamah pun. Risau kambing dia beranak. Hari ini lain pula, berselera. Dapat kambing jantan gamaknya.

"Ni lah budak-budak sekarang. Susah betul nak ngajonye, kita sepatutnya mengagungkan bahasa kita. Bahasa menunjukkan bangsa", Encik Husin Lempoyang menepuk-nepuk meja. Memang dia ada gaya YB berucap semasa kempen pilihanraya.

"OK. Kita tinggalkan cerita mamat berlagak tu dan sambung balik mesyuarat kita ni." kata Encik Razli Bodin.

"Now, can we start from Encik Husin... err, Puan Joyah. Stop eating please..." Tegas Encik Razli Bodin. Dahinya berkerut.

"Opsss...Sorry sir." Puan Joyah Selamat tunduk tersipu.

"Thank you Encik Razli Bodin... bla...bla...bla... (bahasa rojak(english+melayu))...." Encik Husin Lempoyang pun mula membentangkan usulnya. Pasal cadangan membina jambatan baru menghala ke kedai runcit Tong Seng.


* * * * *

Macam mana nak maju? Kalau asyik kondem je. Tak salah kalau cuba berbahasa lain. Tak gitu?



**Bahasa jiwa bangsa. Kadang kala bangsa juga bikin sakit jiwa.


Tuesday, December 21, 2010

PENUNGGANG

Paris Hilton. Siapa yang tak kenal dengan minah ni. Kalau dulu sebut saja Paris Hilton, ramai orang akan fikir pewaris Hotel Hilton. Tetapi lepas pada kejadian 'Satu Malam di Paris', ramai yang akan fikirkan... ermmm. Korang yang fikir, bukan aku.

Terbaru Paris Hilton sudah pun mempunyai pasukan motosikalnya, SuperMartxe VIP. 'Dengar khabar' (kata ganti nama baru bagi mereka yang membaca surat khabar), dia sedang mencari penunggang motosikal untuk pasukan SuperMartxe VIP. Ada sesiapa berminat?

Kalau Paris Hilton offer 'menunggang' dia, aku rasa ramai yang berminat.

Patah hati. Paris yang kecewa apabila aku menolak cintanya mentah-mentah kelmarin.