Tuesday, May 31, 2011

SUBSIDI


Hari Ahad yang lalu adalah hari cuti hujung minggu. Tetapi bagi Hasmud, dia terpaksa bekerja pada hari tersebut. Hasmud perlu memotong rumput di halaman rumah aku mengikut jadualnya setiap bulan.

Hasmud seorang yang rajin dan juga mempunyai lebihan bulu yang lebat pada bahagian lengan. Dia yang berasal dari Bangladesh juga dikurniakan sifat yang peramah dan mudah mesra. Oleh sebab itu jugalah dia amat disenangi oleh kebanyakkan pelanggannya termasuk aku. Hasmud senang diajak berbual. Kebiasaannya selepas selesai memotong rumput, Hasmud akan menhisap sebatang rokok sebelum pulang.

Aku : Sudah berapa lama duduk Malaysia?
Hasmud : 6 Tahun. Dulu tinggal Puchong 4 tahun. 'Sini' sudah 2 tahun lebih.
Aku : 'Sini' tinggal mana?
Hasmud : Paya Jaras
Aku : Ouh... Sewa?
Hasmud : Ya, sewa
Aku : Berapa orang tinggal?
Hasmud : 4 orang.
Aku : Mahal ke sewa?
Hasmud : Tak mahal. 300 lebih itu macam.
Aku : Ouh...
Hasmud : Share bayar. Satu orang 80, 90 ringgit itu macam.
Aku : Api...? Air?
Hasmud : Murah saja. Air 6 ringgit lebih. Api 12 ringgit lebih itu macam 1 bulan.
Aku : Free la?
Hasmud : Ya... Free



** Rebat elektrik daripada Kerajaan Pusat kepada pengguna Domestik/Kediaman dengan bil bulanan yang tidak melebihi RM20 akan dikekalkan sehingga Disember 2011
. Manakala Kerajaan Negeri Selangor pula memberi air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu. Hasmud adalah salah seorang daripada pengguna yang menerima faedah ini. Hasmud juga mempunyai ramai kawan dari negara yang sama, tinggal di Malaysia. Mereka juga mungkin menerima faedah seperti ini. Kita macam mana?


Tuesday, May 24, 2011

AWI RAFAEL



"Lagu ni best tak? Aku suka lirik dia. Unik."

"Apa la..." Hassan Mutalib mengangkat tangan kanannya. Tapi hanya separuh badan saja.
"Lagu ok. Tapi lirik campur-campur. Kalau nak buat Bahasa Melayu, pakai je la Bahasa Melayu. Nak guna English, guna English . Jahanam bahasa macam ni."
"Tak paham aku muzik budak-budak sekarang!"

Aku diam. Lagu Pulanglah nyanyian Awi Rafael masih lagi kedengaran dalam kereta.

Telefon Hassan Mutalib pun berbunyi. Lagu Soley-Soley jadi nada dering. Tanpa bagi signal dia terus slow kan volume radio.

"Hello Baby... I kat area Damansara dengan Roland ni."
"A'ah... On the way nak ke PJ... U kat mana? Ouh..."
"Tengok movie?... Monday cannot la Baby, i kerja midnight"
"Tomorrow ok la. I off."
"Ok?... Ok Baby... Babai."
"Hahahaha..." Hassan Mutalib ketawa besar.
"U la letak dulu..."
"U la...hihihi"
"Ok. Sama-sama letak... One, two, three..."

"Hihihi... dia letak dulu." Hassan Mutalib senggih ala-ala kerang.
"Liza..." sambil menunjukkan telefon bimbit jenama buah yang baru dibeli secara hutang. Aku angkat kening sambil kuatkan balik volume radio. Lagu masih lagi dalam track yang sama.

"Eh... tukar next track la. Menyirap aku dengar lirik dia.

Kau cakap pun guna bahasa rojak. Jadi apa neraka? (What the hell?)





** Biarlah orang berkarya dengan bebas. Seni itu kan luas.


Wednesday, May 11, 2011

TOK KETUA



Ketua adalah individu dalam sebuah kumpulan yang dilantik untuk memimpin dan mentadbir. Ketua juga bertanggungjawab untuk membangunkan kumpulannya sesuai dengan matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan. Ketua ini juga bertanggungjawab memelihara kepentingan anggotanya di samping melayan kehendak individu yang lain selain daripada ahli kumpulannya. Seorang ketua juga berkuasa memberi arahan, membentuk strategi, menentukan dan mengawal segala bentuk kepentingan di dalam ahli kumpulannya.

Ketua yang bagus adalah ketua yang sentiasa dihargai dan dihormati oleh anak buahnya. Rasa hormat yang timbul bukanlah sekadar diada-adakan. Tetapi rasa tersebut hadir dengan sendirinya. Dari situ nilai seorang ketua dapat kita lihat, betapa hebatnya kepimpinan seseorang ketua itu.

Memang menjadi lumrah manusia kalau sudah di atas yang di bawah perlu sembah tunduk hormat. Memang yang di bawah itu akan tunduk. Malah yang di bawah juga akan hormat. Tetapi adakah ianya ikhlas?

Hari ini adalah hari lahir Tintanitra. Dia adalah seorang ketua. Bagi aku dia adalah ketua yang sebenarnya ketua. Aku menghormatinya sebagaimana dia menghormati aku. Aku memandang tinggi kebolehan dia kerana dia tidak pernah mempertikaikan atau memandang rendah pada aku. Nilai harga manusia sama dijaga dan sama dipelihara. Dia juga bukanlah ketua yang terpaksa diketuakan. Tetapi ketua yang diletakkan sendiri oleh anak buahnya untuk memimpin.

"Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana. Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat". Selamat hari tua wahai Tok Ketua. Semoga dipanjangkan umur dan dibekalkan kesihatan yang sempurna serta sentiasa dimurahkan rezeki oleh Nya. Amin...


Tintanitra kelihatan kekal anggun dalam usianya sekarang.


HILANG - Part 1



Cuaca pagi ini mendung. Bagus juga pasal lama sangat tak hujan. Hampir seminggu. Malam pun panas. Kalau kebiasaan aku tidur berselimut, tapi sejak 4 hari yang lepas selimut pun elok berlipat tepi hujung katil. Sampai ke pagi tak berusik. Sesekali aku dongak ke langit. Macam nak hujan. Biarlah, bukan boleh tahan hujan pun.

Aku capai helmet hitam yang aku sangkut pada side mirror motor. Aku sarungkan pada kepala dan terus start motor. Macam biasa aku pandang side mirror kalau-kalau ada balance tahi mata kering melekat pada hujung mata. Ok, takde. Aku mulakan perjalanan.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, macam-macam yang bermain dalam benak fikiran aku. kalau boleh dilihat dari luar, aku rasa macam tali yang berpintal. Tapi tak mustahil tali yang berpintal tak boleh dileraikan. Tapi bila nak dileraikan? Tunggu masa mungkin. Ya, masa.

Jalanraya tenang kali ini. Tak macam selalu, jam sampai ke pintu. Tapi aku tunggang motor macam biasa. Bagi aku, bawa laju bukan boleh naik gaji pun. Cuma kadang-kadang aku tengok, ada kereta yang selisih dan bersaing dengan aku bawa macam nak berlumba. Mungkin syarikat konsesi tol dah tukar tarif bayaran. Bukan ikut destinasi, tapi ikut masa macam kadar bayaran parking shopping kompleks. Hahaha, aku gelak melayan perasaan.

Bang!!! Aku dengar bunyi kuat datang dari arah belakang. Screttt!!! Bunyi tu makin kuat dan aku intai melalui side mirror kanan. Sebuah kereta Honda kaler biru tua. Tapi kenapa senget macam nak drift? Pantas dan makin hampir dengan aku.

Gelap...




Thursday, December 23, 2010

MAMAK

Tengahari tadi aku ke Solaris, Hartamas untuk berjumpa Farhunt. Seorang komposer dan juga penyanyi yang berbakat besar tetapi tidak diketengahkan. Oleh kerana aku sampai awal, aku singgah minum dekat restoran mamak bawah Kohaku Bistro.

Dalam sms Farhunt pesan jangan order makan sebab dia nak bawa aku ke tempat lain. Aku order nescafe 'O' ais segelas. Sesuai untuk pembasah tekak dikala cuaca terik.


2 minit...

5 minit...

10 minit 39 saat pun berlalu...


"Tinnn", bunyi hon kereta Myvi. Farhunt ada kat dalam perut kereta kaler hitam tu.

Aku ke kaunter. Mamak berpangkat cashier angkat kening.

"Nescafe 'O' ais satu"

"Makan?"

Aku geleng kepala.

Mamak tu pun tekan-tekan jarinya pada mesin cashier. RM2.20 tertera. Mak aiii... Mahalnya. Aku tak tahu pun harga air kat sini boleh jadi penyebab penyakit jantung. Aku rasa gambar amaran yang ada pada kotak rokok tu juga sesuai diletakkan pada gelas aku minum tadi.

Selesai bayar, aku lari balik ke meja tempat aku minum. Nasib baik mamak yang ambil order tadi belum 'clear'kan lagi gelas aku. Aku sambar gelas dan hirup sampai habis. Kalau tadi ada air lagi suku, sekarang kering. Sebelum blah, aku ambil straw dari gelas aku tu.

Dalam kereta Farhunt tanya. "Kenapa kau ambil straw tu?"
"20 sen ni", jawab aku selamba.



**Mahal pun gerenti aku datang lagi. Sebab ada awek cun promote rokok
brand baru

DUA KALI LIMA ( 2 x 5 )



Lokasi : Balai Raya Kampung Sungai Cawan
Masa : 2.41 pm
Cuaca : Panas terik sesuai untuk jemur kain


Biasalah, bila mesyuarat mesti ada saja selingan iklan yang tak berbayar. Kali ini iklan dimulakan oleh Encik Razli Bodin selaku Pengerusi Mesyuarat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) Sungai Cawan Bil.13/2010.

"Apa la!" tangan kanannya meniru gaya Karam Singh Walia.
"Bila tanya, dia boleh jawab macam ni. Can you speak english?"
"Huhh... Berlagak betul budak melayu tu!". Sambung Encik Razli Bodin.

"Tu la...", Puan Joyah Selamat menganggukkan kepalanya sambil mulut rancak mengunyah biskut cap Ping Pong. Encik Kamal Idrus yang taja. Dia memang murah hati sejak kebelakangan ini. Semalam pun dia taja kuih cucur badak. Tapi Puan Joyah Selamat tak jamah pun. Risau kambing dia beranak. Hari ini lain pula, berselera. Dapat kambing jantan gamaknya.

"Ni lah budak-budak sekarang. Susah betul nak ngajonye, kita sepatutnya mengagungkan bahasa kita. Bahasa menunjukkan bangsa", Encik Husin Lempoyang menepuk-nepuk meja. Memang dia ada gaya YB berucap semasa kempen pilihanraya.

"OK. Kita tinggalkan cerita mamat berlagak tu dan sambung balik mesyuarat kita ni." kata Encik Razli Bodin.

"Now, can we start from Encik Husin... err, Puan Joyah. Stop eating please..." Tegas Encik Razli Bodin. Dahinya berkerut.

"Opsss...Sorry sir." Puan Joyah Selamat tunduk tersipu.

"Thank you Encik Razli Bodin... bla...bla...bla... (bahasa rojak(english+melayu))...." Encik Husin Lempoyang pun mula membentangkan usulnya. Pasal cadangan membina jambatan baru menghala ke kedai runcit Tong Seng.


* * * * *

Macam mana nak maju? Kalau asyik kondem je. Tak salah kalau cuba berbahasa lain. Tak gitu?



**Bahasa jiwa bangsa. Kadang kala bangsa juga bikin sakit jiwa.


Tuesday, December 21, 2010

PENUNGGANG

Paris Hilton. Siapa yang tak kenal dengan minah ni. Kalau dulu sebut saja Paris Hilton, ramai orang akan fikir pewaris Hotel Hilton. Tetapi lepas pada kejadian 'Satu Malam di Paris', ramai yang akan fikirkan... ermmm. Korang yang fikir, bukan aku.

Terbaru Paris Hilton sudah pun mempunyai pasukan motosikalnya, SuperMartxe VIP. 'Dengar khabar' (kata ganti nama baru bagi mereka yang membaca surat khabar), dia sedang mencari penunggang motosikal untuk pasukan SuperMartxe VIP. Ada sesiapa berminat?

Kalau Paris Hilton offer 'menunggang' dia, aku rasa ramai yang berminat.

Patah hati. Paris yang kecewa apabila aku menolak cintanya mentah-mentah kelmarin.



Monday, December 13, 2010

BOLA


Ketika aku dan Kasim Baba sedang asyik bergosip tentang politik pejabat. Tiba-tiba Hanif Chamakh yang memakai kaca mata datang mengajukan soalan yang boleh diklasifikasikan sebagai soalan cepu emas.


"Malam tadi Manchester United lawan Arsenal siapa menang?".
"Ah, kau tanya dia buat apa. Dia bukannya tahu pun pasal bola" celah Kasim Baba yang tiba-tiba khusuk menonton filem larangan kerajaan Malaysia.
"Tau. Bola tu bulat" jawab aku sambil mata terus memandang ke arah monitor.

Rasanya jawapan tu layak tak untuk dapat 'cepuk emas' dari penyokong Arsenal?

Park berjaya membuktikan yang dia tidak lemah tenaga batin.



**Tak minat bola sebab takde kasut bola

Friday, December 3, 2010

SELAMAT ATAU TIDAK?



Semalam semasa dalam perjalan ke Petaling Jaya untuk photo shoot buku sejarah, aku nampak kereta bomba dan peronda polis parking di bahu jalan. Rasa ingin tahu aku semakin bertambah apabila melihat orang ramai turut serta dalam acara men'sesak'kan jalan. Cukupkan korumlah, baru 1Malaysia. Nazrul parking kereta betul-betul di belakang kereta bomba.

"Brader, apasal ni?" aku tanya mamat pakai baju celoreng kaler oren.
"Ada orang mati kena bunuh" mamat tu jawab sambil matanya memandang aku atas bawah.
"Lelaki ke perempuan?" soal aku lagi.
"Perempuan".
"Ouh..." Perbualan kami selesai. Aku
snap sikit dan blah sebab ada kerja kena buat.

Dalam kereta Nazrul sempat tanya aku, "Kau tak takut ke? Area ofis kita ni dah tak selamat dah".

"Nak takut pasal apa? Pembunuh pun dah iktiraf tempat ni selamat. Sebab tu dia buang mayat kat sini. Kalau tak selamat, tentu dia buang kat tempat lain".



Mayat dalam longkang - Sumber Harian Metro


Pegawai Polis yang berpakaian preman sedang menghubungi isterinya, "Yah, tengahari ni abang tak balik makan".


Pada awalnya orang ramai menyangka ada orang sedang menjual ubat kuat


Anggota bomba yang naik ke atas bumbung kereta bomba dipercayai tidak dapat turun sehingga terpaksa menggunakan tangga




**Takut mati, tapi tak ingat nak mati



Tuesday, November 30, 2010

TANDAS



Pagi tadi aku ke tandas seperti biasa untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia normal. Di tandas pejabat, aku kerap memilih mangkuk tandas yang sama demi keselesaan fizikal dan mental. Setiap kali aku menggunakan tandas tersebut pasti ada saja serpihan sisa pepejal yang masih tertinggal dihujung mangkuk tandas. Walaupun tak banyak, tetapi ianya membuatkan aku rasa terbantut dalam menjalankan misi penting sebagai pelengkap rutin harian aku.

Selalunya aku tak pernah ambil pusing dalam perkara remeh macam ni. Aku jirus saja. Hilang ikut alunan air. Memang sudah menjadi kebiasaannya aku untuk bersihkan dulu tempat hajat sebelum hajat aku di'lepas'kan. Tetapi kalau setiap kali aku nak ber'lepas' masih ada saja lagi sisa saki baki yang terdahulu tertinggal, apa kes! Hishhh~

Hairan aku kenapa mahluk yang berkenaan tak tengok dulu sebelum keluar. Ingat! Bukan sekadar 'lepas' dan pam saja. Tetapi pam dan jirus sekeliling mangkuk tandas sebelum dan sesudah aktiviti 'lepas'an untuk mendapatkan hygiene yang lebih baik.


"Aneh. Saya juga pernah alami perkara sama"-En. Kamal Idrus (bukan nama sebenar)


Tanda amaran yang diberikan oleh kerajaan Jepun kepada pengguna tandas


Save the earth!!!



**Memang jijik entri ni. Kebenaran juga kadang kala jijik bukan?

Saturday, November 27, 2010

2 ALAM TERBITAN dR ROZMEY



"Bro, kau ni macam dR Rozmey la. Ke, kau ni adik dia...?". Salah satu ayat paling kurang ajar pernah hinggap kat cuping telinga aku. Cuba korang tengok betul-betul kat rambut dia, langsung tak sama macam pesen rambut aku. Dia macam ada mop yang tersangkut kat kepala dia. Aku punya memang real rambut, OK!!! Macam Justin Bieber (sambil menggayakan rambut aku di depan web cam).

Orait, stop!!! Bukan itu yang akan menjadi tajuk entri aku kali ini, tetapi pasal filem 2 Alam terbitan dR. Rozmey yang digembar-gemburkan mampu pecah panggung dengan kutipan mencecah sehingga RM20-40juta


dR. Rozmey kelihatan bergaya dengan baju kilatnya



Hmmmm...(tarik nafas panjang).

Bukan aku tak suka dia, aku suka... (kenyit mata kiri). Cuma kadang kala aku rasa dia ni ter over confident sangat sampai membuatkan orang lain mungkin rasa menyampah dan malas untuk tonton filem dia. Lagi sakit hati bila dia siap countdown dalam surat khabar bila nak tayang filem 2 Alam ini, alih-alih postpone tarikh. Mungkin itu adalah salah satu strategi atau pun terdapat kesilapan bebal yang tidak disengajakan.

Bagi aku bukan semua filem kita bagus. Biasalah industri tidak seberapa besar. Pasti ada cacat. Kalau takde cacat pun mesti ada cela dari mana-mana pihak. Sungguh pun begitu sekali kita melayan filem kita. Kita tetap sokong dan tonton, walaupun kita terpaksa beli daripada mamat Captain Jack Sparrow DVD semasa mesyuarat di kedai mamak atau di pasar malam. Kita tetap sokong. Tetapi lain pula situasi bagi filem 2 Alam ini. Ermmm...Mungkin sudah menjadi lumrah alam, siapa yang takbur, pasti ada balasannya. Wallahualam.

By the way, aku salute kat dR. Rozmey kerana berjaya mencipta satu fenomena baru dalam industri perfileman kita. Yang mana orang ramai beratur bukan lagi mahu untuk mendapatkan sign autograf para pelakon 2 Alam, tetapi dR. Rozmey. Tahniah sekali lagi!!! Harap dR. Rozmey tak pecah punggung dengan kutipan yang tak sampai pun kategori pecah panggung.

klik untuk lagi ulasan tentang filem 2 Alam





**bukan semua karya bole jadi kaya

Thursday, November 25, 2010

WELCOME TO SIX YEARS AGO


Welcome to six years ago!!!


Hohoo... agak ketinggalan juga aku. Tapi nak buat macam mana, daripada kena tinggal lebih baik kita kejar. Secara rasminya aku tutup blog lama dan buka blog baru. Kira tutup bukulah... saja tutup yang lama. Bukan apa, cuma kadang-kadang naik tergelak aku tengok hasil tulisan sendiri.

Di LipasJamban aku akan menulis apa saja yang aku nak tulis (ayat motivasi klise supaya rajin menulis). Terima kasih juga pada Tinta Sutra sebab naikkan semangat aku untuk terus menulis tanpa spesifikasi.

So, lets pride n joy...



** sedang membaca KAMUS DEWAN